Pengalaman Pertama Kali Mendaki Gunung

 

Baru-baru ini AlongMurni (AM) telah mengikuti ‘NATURE-BASED TRAVELERS FAM TRIP’ selama 5 hari 4 malam bersama dengan para penulis blog dan pempengaruh lain dalam mempromosikan pariwisata menarik di daerah Baling, Kedah.

Dalam program ini AM berpeluang merasai pengalaman pemetaan Perjalanan Eko-Pelancongan di Baling, Kedah (Nature-Based Travellers to Malaysia - NBT2MY) dan mewar-warkan secara meluas kepada orang ramai di dalam dan juga antarabangsa tentang keunikan dan keindahan Baling.

PENGALAMAN PERTAMA KALI MENDAKI GUNUNG 

*GUNUNG BALING*

Pengalaman Pertama Kali Mendaki Gunung

Ini merupakan pengalaman pertama kali AM mendaki gunung. Sebelum ini, AM hanya pernah mendaki bukit. Jadi, AM kongsikan pengalaman AM sepanjang pendakian Gunung Baling, Kedah.

Pengalaman Pertama Kali Mendaki Gunung
AM dan team bersedia seawal jam 4 pagi

AM dan team berhimpun di kaki Gunung Baling seawal jam 4 pagi. Pendakian bermula jam 4.30 pagi kerana dijangka mengambil masa 2 jam untuk sampai ke Puncak Gunung Baling bagi membolehkan kami melihat matahari terbit. 

Pendakian kami turut sama dibantu oleh 4 orang Malim Gunung dan 4 orang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Pengalaman Pertama Kali Mendaki Gunung
AM dan team bersama 4 orang Malim Gunung dan 4 orang anggota APM

Sebenarnya, Gunung Baling merupakan gunung batu kapur termasuk dalam kategori gunung limestone outcrops. Gunung Baling menjadi tarikan kerana keindahan semula jadi dengan tumbuhan menghijau yang satu ketika dulu menjadi sumber rezeki penduduk tempatan mencari paku pakis, paku aji, serian dan serai wangi.

Pengalaman Pertama Kali Mendaki Gunung

Laluan mendaki boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. Dengan ketinggian 546-meter dari paras laut, Gunung Baling mempunyai gua batu kapur untuk diterokai.

LALUAN PENDAKIAN GUNUNG BALING

Peringkat pertama laluan hutan sederhana yang bertanah. AM hampir menyerah di laluan pertama ini memandangkan laluan bukit yang agak mencabar. Di lokasi checkpoint pertama yang ada disediakan pondok, AM dah mengeluh kepenatan dan tertinggal di belakang. Mujurlah ada anggota APM yang turut sama menemani dan memastikan AM terus berusaha untuk mendaki sehingga ke puncak Gunung Baling.

Pengalaman Pertama Kali Mendaki Gunung
Partner in crime : Vanessa (semasa mendaki Gunung Baling)

AM juga turut ditemani oleh Vannesa yang juga merupakan Travel Blogger yang berasal dari Kanada. Melihatkan pada semangat Vannesa yang begitu gigih walaupun berusia 64 tahun, AM terpacu untuk tetap terus bersama-sama Vanessa meneruskan pendakian.

Kedua laluan hutan sederhana yang berbatu namun harus tetap berhati-hati kerana ada laluan berbatu yang tinggi dan agak sukar. Di detik ini, AM dah mula mendapatkan momentum mendaki sehingga ke laluan ketiga berbatu yang ditumbuhi pokok renek dan buluh.

Pengalaman Pertama Kali Mendaki Gunung

Team yang lain cuma mengambil masa selama 1.5 – 2 jam untuk sampai ke puncak. Walaupun terpaksa melalui laluan berbatu kapur dan celahan batu, ia amat menyeronokkan meskipun AM mengambil masa sehingga lebih tiga jam sampai di puncak. 

Pengalaman Pertama Kali Mendaki Gunung

Di ketinggian 546-meter AM dapat menikmati pemandangan indah menyelubungi bahagian gunung dan melihat Gunung Pulai dari Puncak Tipu-Tipu. Terima kasih buat adik-adik APM yang sabar menemani AM semasa mendaki dan menuruni Gunung Baling. 

Pengalaman Pertama Kali Mendaki Gunung

Malahan AM dapat melihat keindahan sekeliling sehingga keseluruhan pekan Baling dengan pelbagai panorama begitu menarik. Pendakian gunung Baling sememangnya menjanjikan pengalaman yang sukar untuk AM lupakan dengan cabaran pendakian serta pemandangan 360 darjah yang yang mengagumkan.

LALUAN MENURUNI GUNUNG BALING

Secara peribadi, AM rasakan laluan menuruni Gunung Baling lagi mencabar berbanding mendaki ke Puncak Gunung Baling. Hal ini kerana treknya bertanah liat dan permukaan trek agak licin dan berbatu ketika menuruni gunung. Kita perlu berhati-hati menyusun langkah agar tidak menggelunsur ke bawah atau tercedera.

Pengalaman Pertama Kali Mendaki Gunung

Untuk makluman AM juga cedera semasa menuruni Gunung Baling namun mujurlah ada bantuan dari APM yang segera melakukan penyelamatan sebelum menjadi lebih buruk. AM salah melangkah terpijak akar kayu sehingga menyebabkan terkehel. Namun masih boleh meneruskan perjalanan sehingga kembali ke kaki Gunung Baling.

Gambar AM : Makan Roti di Puncak Gunung Baling dan kecederaan semasa menuruni Gunung Baling


WAKTU OPERASI PEJABAT PENDAKIAN GUNUNG BALING

  • Ahad – Rabu:  Jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang
  • Khamis:  Jam 8.00 pagi hingga 3.30 petang

BAYARAN PERMIT PENDAKIAN

  • Warganegara Malaysia : RM 10.00
  • Bukan Warganegara Malaysia : RM 30.00

* TIDAK DIBENARKAN BERMALAM DI PUNCAK

PEJABAT PENDAKIAN GUNUNG BALING

Baling, 09100 Baling, Kedah

Contact: 04-4701803

KATA ALONGMURNI

Kesimpulannya, AM menyarankan untuk yang baru ingin mendaki gunung seperti AM untuk menyediakan dan mempersiapkan keperluan seperti berikut:

  • Pakaian sesuai seperti kasut dan sarung tangan terutama pada musim hujan kerana laluan berbatu yang licin.
  • Bawa air secukupnya kerana tiada punca air di puncak.
  • Makanan ringan seperti roti dan biskut
  • Head lamp (jangan bawa lampu suluh ya sebab akan menyusahkan pendakian) dan baju sejuk jika mendaki seawal pagi untuk melihat matahari terbit.

Pengalaman Pertama Kali Mendaki Gunung
AM dan team berjaya menawan Gunung Baling

NATURE-BASED TRAVELERS FAM TRIP telah diadakan pada 13 Januari 2024 – 17 Januari 2024. FAM TRIP ini merupakan anjuran QTT Group PLT bersama dengan rakan bersekutu Global Travel Sdn Bhd (KOLA) dan dibantu Team KembaRojak.

#GunungBaling #APM #MalimGunung #JomMaiKedah #KembaRojak #KedahWhereItAllBegan #EscapeToBeautifulNature #QttGroupTravel #NatureBasedTravelers #KolaGlobalTravel

Post a Comment

1 Comments

  1. Wahhh seronoknya.. tahniahdah berjaya menawan gunung baling

    ReplyDelete