Untuk edisi Pengembaraan bersama
AlongMurni (AM), AM telah turut sama menyertai QTT FAM Trip ke Pulau Langkawi
yang dianjurkan oleh QTT Group Plt dengan kerjasama Lembaga Pembangunan
Langkawi (LADA), Jupeter Holidays dan dibantu oleh Team KembaRojak.
Langkawi SkyCab iaitu sistem
kereta kabel lebih 4,000-meter panjang yang menghubungkan Oriental Village di
Teluk Burau dengan Gunung Mat Chinchang setinggi 708-meter telah disenaraikan
sebagai antara 10 sistem kereta kabel terbaik dunia oleh sebuah laman sesawang
pengembaraan antarabangsa.
LANGKAWI SKYCAB DIIKTIRAF ANTARA SISTEM KERETA KABEL TERBAIK DUNIA
Kereta kabel ini mula dibuka
kepada umum pada 27 Februari 2005 untuk memudahkan pelancong tiba ke puncak
gunung yang tingginya 713 meter. Panorama gunung batu kapur zaman geologi
Cambrian 500 juta tahun ini memang menarik. Panjangnya 2.2 km dan terpanjang di
dunia, mengalahkan kereta kabel di Switzerland.
Asalnya sistem pengurusan kereta
kabel ini dikendalikan oleh Langkawi Cable Car. Namun kini, ia diselenggara dan
diuruskan oleh Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB), iaitu anak syarikat milik
penuh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Sistem pengangkutan kereta kabel ini
dibina dari April 2001 hingga Ogos 2004. Panjang keseluruhan kabel ialah 919.5-meter
dan telah mencipta rekod Malaysian Book of Records.
PENGIKTIRAFAN
Langkawi SkyCab telah menerima
banyak pengiktirafan dan penghargaan bertaraf dunia setelah dikendalikan oleh
PLSB seperti The Outstanding Tourism Product in Langkawi Tourism Industry
Awards 2010/2011, The Malaysia Book of Records kerana mempunyai Kereta Mono-Cable
bebas terpanjang dan First Stand Alone 360 ° Panorama Screen Dome Theatre
serta Sijil Kecemerlangan oleh TripAdvisor pada tahun 2014 dan 2015.
PILIHAN GONDOLA
Sebenarnya, setiap kali berpeluang
ke Pulau Langkawi, AM mesti singgah untuk menaiki Langkawi SkyCab. Bagi AM
setiap kali ke sini, AM rasa kagum dengan panorama indah dan memberikan
pengalaman yang unik menerusi perjalanan kereta kabel merentasi hutan-hutan
tebal yang berusia 550 juta tahun menuju ke bahagian tertua di Asia Tenggara
iaitu gunung Machincang.
Terdapat Kereta kabel atau
dipanggil Gondola yang akan membawa penumpang ke puncak gunung. Ada beberapa
jenis gondola dengan harga yang berbeza iaitu:
Gondola biasa – Mempunyai dua
tempat duduk bertentangan. Boleh memuatkan 6 orang penumpang dengan berat
maksima 480kg.
Gondola Lantai Kaca – Mempunyai
lantai kaca telus. Penumpang dapat melihat pemandangan sekeliling, atas dan
bawah. Boleh memuatkan 6 orang penumpang.
Gondola VIP – Gondola mewah dengan 3 ‘bucket seat’ untuk penumpang yang inginkan privasi. Turut menyediakan makanan, minuman dan muzik. Boleh memuatkan 3 orang penumpang sahaja.
Gondola 360° - Produk terkini imana dinding kaca gondola digantikan dengan grill besi. Konsep ‘open air’ sesuai untuk anda yang pernah menaiki kereta kabel sebelum ini merasai kelainan dan pengalaman baru. Gondola ini Cuma boleh memuatkan 4 orang penumpang sahaja.
BERPELUANG MENAIKI GONDOLA LANTAI BERKACA
AM seorang yang mudah gayat dan
takkut akan ketinggian. Jadi untuk edisi kali ini, AM mencuba untuk mengatasi
ketakutan AM terhadap ketinggian. Walaupun agak takut, AM rasa teruja bila dapat
melihat pemandangan hutan dan gunung yang mempesonakan tepat di bawah kaki AM.
Oleh kerana bahagian bawah gondola telus, AM dapat melihat pemandangan dengan lebih
jelas.
Gondola tidak akan berhenti
semasa melalui platfom. Pintu akan dibuka untuk menurunkan penumpang dari
Stesen Atas. Ia akan bergerak perlahan-lahan. Jadi, kita perlu berhati-hati
semasa ingin masuk ke dalam gondola. Kita perlu pegang pintu, langkah masuk
dengan pantas dan terus duduk. Pintu akan ditutup secara automatik apabila
meninggalkan platform.
Setelah pintu ditutup, gondola
akan bergerak meninggalkan platform perlahan-lahan. Laluan kereta kabel
Langkawi dibahagian bawah agak landai dan tidak terlalu curam.
AM rasa teruja bila dapat menikmati
pemandangan Pulau Langkawi dan gugusan pulau-pulau termasuklah Telaga Harbor
Park dan Kampung Oriental setelah menaiki Gondola untuk sampai ke puncak.
SKYGLIDE
SkyGlide adalah jenis
pengangkutan kabin yang boleh bergerak ke atas dan ke bawah mengikut tahap
kecondongan tertentu. Secara umum, reka bentuk kabin adalah seperti lif dengan
penamat panel kaca di semua sisi. Sebelum ini, AM tidak berpeluang menaiki
SkyGlide. Jadi, kali ini AM tekad untuk sabar menunggu untuk merasai sendiri
pengalaman menaiki SkyGlide.
Pada mulanya AM ke SkyBridge dengan
berjalan kaki selama 10 minit melalui laluan hutan. Perjalanan singkat ini amat
menyeronokkan tetapi agak mencabar terutama bagi golongan warga tua dan
kanak-kanak. Setelah balik dari SkyBridge, baru AM berpeluang menaiki SkyGlide.
Dengan kepanjangan trek sejauh 94
meter, kabin SkyGlide dapat memuat sehingga 12 penumpang atau muatan seberat 1050-kilogram
setiap perjalanan. Tak sampai 2 minit perjalanan SkyBridge ke stesen teratas.
Tiket SkyGlide dijual secara berasingan dari tiket SkyCab biasa.
SKYBRIDGE (JAMBATAN GANTUNG)
SkyBridge yang melengkung ini
dibina diatas puncak Gunung Mat Chinchang. Ianya dihubungkan dari stesen
puncak, jambatan gantung ini tergantung setinggi 82m dari tiang tunggal dan
jarak dari tanah puncak adalah 100m.
SkyBridge ini unik kerana meskipun ianya tergantung tetapi ia hanya dipaut oleh tali-tali yang dinat kemas oleh sebatang tiang penahan. Selain itu, strukturnya yang melengkung dilereng puncak tanpa menjejaskan tumbuhan-tumbuhan semulajadi dibawahnya juga merupakan tarikan senibina cerdik (intelligent architecture) yang mengagumkan.
Panjang SkyBridge ini ialah
125m sekaligus menjadikan ia diantara struktur jambatan tergantung melengkung
yang terpanjang didunia.
Hanya 250 orang pengunjung sahaja boleh berada diatas jambatan pada satu-satu masa. Pada yang berminat untuk merasa debaran berada diatas jambatan gantung ini, tiket boleh didapati melalui kaunter tiket SkyBridge di Stesen Atas. Harga tiket dewasa ialah RM6 dan kanak-kanak RM4.
SEKALUNG PENGHARGAAN:
Trip ke Langkawi dan Pulau Tuba
ini telah dianjurkan oleh QTT Group Plt dengan kerjasama LADA, Jupeter Holidays
dan disokong oleh KembaRojak.
Pakej Nature-Based Travelers 2MY
diselenggarakan oleh QTT Group Plt dan Kola GlobalTravel Sdn Bhd sebagai
Syarikat Pengurusan Destinasi (DMC). Mereka menawarkan pakej pelancongan
tersuai di seluruh Malaysia, memenuhi keperluan semua peringkat umur dan minat.
Hubungi nombor/e-mel di bawah
untuk mengetahui pengalaman unik yang ditawarkan.
QTT GROUP PLT
Telefon: +60174079734
atau +60193036008
E-mel: qttgroup.management@gmail.com
0 Comments