Baru-baru ini AlongMurni (AM)
berkesempatan untuk turut sama menyaksikan satu tayangan istimewa filem ‘A
MOTHER’S TOUCH’ bersempena Hari Ibu dengan kerjasama antara Japan Foundation Kuala Lumpur (JFKL), Media Prima dan Golden Screen Cinemas (GSC) pada 11
Mei 2024, Sabtu, bertempat di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur. Tayangan filem ini
merupakan salah satu inisiatif oleh ‘The Weekend Japanese Film Show’.
TAYANGAN ISTIMEWA BERSEMPENA HARI IBU
‘A MOTHER’S TOUCH’
‘A MOTHER’S TOUCH’ merupakan filem yang diadaptasi daripada kisah benar seorang profesor buta dan pekak pertama di dunia, Fukushima Satoshi bersama ibunya yang sentiasa menyokongnya. Filem ini menggarapkan nilai kasih sayang seorang ibu dan semangat seorang lelaki yang kehilangan daya penglihatan dan pendengaran ketika usia muda.
Penemuan teknik berkomunikasi kaedah ‘Braille’ telah memberi sinar
harapan baharu beliau untuk terus kuat dalam menempuh cabaran hidup yang
dihadapinya.
Tayangan istimewa ‘A Mother’s Touch’ anjuran oleh Yayasan Jepun Kuala Lumpur dengan kerjasama Media Prima dan disokong oleh Golden Screen Cinemas terbuka kepada orang ramai menerusi tempahan tiket percuma.
Yuki Takafumi selaku penerbit dan penulis skrip Yokomaku
Tomohiro juga akan tampil di tayangan istimewa ini untuk berinteraksi dengan
penonton dalam sesi Soal Jawab selepas tayangan untuk berkongsi kisah filem ini
secara lebih mendalam terutama dalam proses pembikinan filem ini.
DARI SUDUT PANDANGAN ALONGMURNI
Secara peribadi AM sangat sukakan alur cerita yang ringkas, santai dan padat dengan nilai kasih saying seorang ibu. Ada ketika AM tersentuh dengan ketabahan ibu Satoshi dalam membesarkankan Satoshi dan menyokong Hasrat dan Impian Satoshi.
Terdapat juga detik lucu ketika ibu
Satoshi membaca surat dari Satoshi yang mengandungi unsur jenaka dan usikan
Satoshi. Pelbagai usaha dilakukan samada perubatan moden dan tradisional dilakukan oleh Satoshi bagi mengembalikan keupayaan pancaindera beliau.
Kenangan paling indah yang AM rasakan ketika ibu, ayah dan adik beradik Satoshi meluangkan masa bersama untuk menangkap rama-rama di taman dan bermain di pantai sebelum Satoshi tidak dapat menggunakan pancaindera mata sepenuhnya.
Terselit juga rasa sedih ketika mereka
sekeluarga bergambar bersama. AM begitu terbawa dengan alur cerita ketika detik
yang Satoshi disahkan pekak. Boleh rasa luluh dan hancur hati seorang ibu untuk
terima keadaan dan berfikir masa depan anaknya.
Filem ini semestinya ditonton
oleh seisi keluarga. AM rasa begitu pentingnya nilai kekeluargaan yang
seharusnya dipupuk, bukan sahaja dari kalangan keluarga malahan sokongan masyarakat
juga amat perlu.
SIARAN ‘A MOTHER’S TOUCH’.
Selain itu, Media Prima turut
menganjurkan peraduan pemberian tiket percuma ke tayangan istimewa ini. Untuk
mengetahui cara menyertai peraduan ini dengan lebih lanjut, sila ikuti laman
rasmi media sosial Tonton di Instagram.
Bagi mereka yang tidak dapat
sertai tayangan istimewa ‘A Mother’s Touch’ ini, filem tersebut akan mula
ditayangkan bulan Mei 2024 ini secara eksklusif dan HD melalui platform
penstriman Tonton di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google
Play atau App Store. Untuk mendapatkan info terkini tentang rancangan kegemaran
anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, Tiktok, dan Instagram Tonton iaitu
@tontonmy.
PERIHAL TONTON
Tonton adalah perkhidmatan
penstriman video tempatan pertama dan terbesar di Malaysia dan telah
dilancarkan pada tahun 2011. Nikmati kandungan tempatan terbaik dan acara LIVE
eksklusif dalam definisi tinggi (HD) yang dibawakan secara tanpa had. Dengan peningkatan
servis, alami pengalaman baru dalam menonton keseluruhan episod secara menerus.
Visi Tonton adalah untuk menjadi
platform hiburan video tempatan #1 untuk drama Malaysia yang terbaik dan
terkini, acara LIVE eksklusif dan banyak lagi. Dapatkan maklumat terkini
tentang perkhidmatan serta penambahbaikan melalui akaun rasmi media sosial di
Facebook, Instagram, Twitter, TikTok @tontonmy.
PERIHAL THE JAPAN FOUNDATION KUALA LUMPUR
Japan Foundation Kuala Lumpur
(JFKL) ialah satu-satunya institusi Jepun yang berdedikasi untuk melaksanakan
program pertukaran budaya antarabangsa yang komprehensif di seluruh dunia.
Dengan objektif untuk memperdalam persefahaman bersama antara penduduk Jepun
dan dunia, Yayasan Jepun mewujudkan peluang global untuk memupuk persahabatan,
kepercayaan dan persefahaman bersama melalui budaya, bahasa dan dialog. JFKL
telah ditubuhkan pada Oktober 1989 sebagai cawangan Yayasan Jepun di Malaysia.
0 Comments