RAWATAN KANSER TERBARU NK CELL THERAPY


RAWATAN KANSER TERBARU NK CELL THERAPY

KERJASAMA MALAYSIA DAN KOREA SELATAN

 

Baru-baru ini AlongMurni (AM) dimaklumkan perihal satu Majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan NK Biocell Sdn. Bhd. telah berlangsung di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).  Perjanjian ini membolehkan UKM menghasilkan MYJ1633 yang mengandungi sel pembunuh semulajadi (NK Cell) dan sel T pembunuh semulajadi (NKT Cell), berpotensi untuk merawat pesakit kanser.

 

Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor, Dean of Faculty of Medicine at Universiti Kebangsaan Malaysia; Prof. Dato’ ’Dr. Wan Kamal Mujani, Deputy Vice-Chancellor (Research and Innovation) at Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Dr. Park Ji-Youn, Chief Executive Officer of NK Biocell Sdn. Bhd.; Dr. Lan Leong Chung, Medical Director of NK Biocell Sdn. Bhd

Secara dasarnya, terdapat lebih 48,000 kes kanser baru di Malaysia yang dilaporkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan angka ini bakal berganda menjelang 2040. Hal ini bakal membebankan sistem kesihatan negara dan memberi impak kepada emosi, fizikal, dan kewangan pesakit kanser. Di Malaysia, terdapat lebih 150 pakar onkologi yang mencatatkan nisbah 1 doktor pakar kepada 220,000 pesakit. Pakar-pakar memerlukan cara rawatan yang terbaru bagi memberi rawatan yang sewajarnya kepada pesakit kanser dan NK Cell bakal menjadi salah satu langkah rawatan pilihan. 

 

NK Cell merupakan sebahagian dari sistem imun manusia yang memainkan peranan penting dalam memusnahkan sel tumor dan sel yang dijangkiti virus. Disebabkan oleh keupayaan sel-sel tersebut, kajian telah dijalankan dan menunjukkan bahawa sel-sel ini berpotensi digunakan untuk rawatan imunoterapi kanser (Choi et al., 2019). Dengan itu, badan dari Korea Selatan, ImmunisBio Co. Ltd. (Korea) telah membangunkan dan mematenkan teknologi yang dikenali sebagai MYJ1633, yang mengandungi NK Cell dan NKT Cell yang diaktifkan. Perjanjian ini membolehkan UKM menghasilkan MY1633 untuk pasaran Malaysia melalui NK Biocell Sdn. Bhd.

 

Prof. Dato’ ’Dr. Wan Kamal Mujani Deputy Vice-Chancellor (Research and Innovation) at Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi UKM, Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani berkata, “Saya berharap usahasama ini dapat memberi manfaat kepada negara. Usahasama badan-badan kerajaan dan swasta seperti ini membuka sempadan baharu kepada institusi pengajian seperti kami untuk mengkaji penemuan-penemuan baru demi menghasilkan produk dan perkhidmatan rawatan yang terbaik kepada masyarakat. Kami di UKM juga berharap dapat menghasilkan produk perubatan untuk rawatan kepada pelbagai jenis penyakit di makmal yang mendapat pengiktirafan cGMP dan CTERM UKM.”.

Dr. Park Ji-Youn, Chief Executive Officer of NK Biocell Sdn. Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif NK Biocell Sdn. Bhd, Dr. Park Ji-Youn berkata, “Perjanjian ini merupakan pencapaian kepada kedua-dua pihak dalam bidang sains, teknologi dan perubatan. Kini, kami mampu menghasilkan MYJ1633 yang selamat dan telah mendapat kelulusan dari Agensi Farmaseutikal dan Peralatan Perubatan (PMDA) Jepun untuk memberi manfaat kepada rakyat Malaysia khususnya pesakit kanser dan autoimun. Dengan bantuan CTERM UKM, kami berjaya mendaftarkan MYJ1633 dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Malaysia. Saya ingin mengucapkan syabas kepada semua yang terlibat dan percaya perjanjian ini akan memberi manfaat kepada semua.”. 


Perjanjian UKM-NK Biocell Sdn. Bhd. ini bakal memberikan harapan baru kepada pesakit kanser di Malaysia yang ingin mendapatkan rawatan selain kemoterapi dan sebagainya. Hal ini membolehkan pesakit memilih rawatan mengikut kemampuan dan kesesuaian menepati keperluan rawatan berterusan.

 

Majlis ini turut dihadiri oleh Dekan Fakulti Perubatan UKM, Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor, Timbalan Dekan (Jaringan dan Alumni) Fakulti Perubatan, Prof. Dr. Marina Mat Baki, Ketua Jabatan Pusat Kajian Kejuruteraan Tisu dan Perubatan Regeneratif (CTERM) UKM, Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi Mh Busra, Ketua-ketua jabatan dan pakar-pakar kesihatan di Malaysia.

 


Post a Comment

7 Comments

  1. Ada terbaca berkenaan penemuan baru ni. Semakin canggih teknologi, semakin banyak manfaat kesihatan boleh masyarakat terutamanya penghidap kanser. Harap kos rawatan juga tersedia dengan harga berpatutan nanti.

    ReplyDelete
  2. Moga kerjasama ini boleh memberikan lebih banyak penemuan agar banyak penawar dapat ditemui.

    ReplyDelete
  3. Harap sangat ada satu rawatan terbaik tu mereka yang terkena kanse kerana kita tidak tahu bila kita akan diuji dengan kesakitan ni... bagus ada usaha macam ni moga diteruskan oleh banyak pihak lain...

    ReplyDelete
  4. This is a good news and hope that there will be better and more innovative cancer treatment

    ReplyDelete
  5. This latest technology in medical industry surely gonna helping lots of patients. Thanks for letting me know what is this latest news. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  6. Mudah2an ini boleh jadi alternative terbaik untuk merawat kanser selain chemo kan! Well done and hope for the best in technology advancement especially dalam medical line ni!

    ReplyDelete
  7. Terbaiklah, sekarang dah ada alternatif lain untuk rawatan kanser. Alhamdulillah sebab kemajuan dalam kesihatan menjadikan pesakit mempunyai pelbagai pilihan :)

    ReplyDelete