RAWATAN KANSER
TERBARU NK CELL THERAPY
KERJASAMA MALAYSIA
DAN KOREA SELATAN
Baru-baru ini AlongMurni (AM) dimaklumkan perihal satu Majlis
menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) dan NK Biocell Sdn. Bhd. telah berlangsung di Hospital
Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Perjanjian ini membolehkan UKM
menghasilkan MYJ1633 yang mengandungi sel pembunuh semulajadi (NK Cell) dan sel
T pembunuh semulajadi (NKT Cell), berpotensi untuk merawat pesakit kanser.
Secara dasarnya, terdapat lebih 48,000 kes kanser baru di
Malaysia yang dilaporkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan angka ini
bakal berganda menjelang 2040. Hal ini bakal membebankan sistem kesihatan
negara dan memberi impak kepada emosi, fizikal, dan kewangan pesakit kanser. Di
Malaysia, terdapat lebih 150 pakar onkologi yang mencatatkan nisbah 1 doktor
pakar kepada 220,000 pesakit. Pakar-pakar memerlukan cara rawatan yang terbaru
bagi memberi rawatan yang sewajarnya kepada pesakit kanser dan NK Cell bakal
menjadi salah satu langkah rawatan pilihan.
NK Cell merupakan sebahagian dari sistem imun manusia yang
memainkan peranan penting dalam memusnahkan sel tumor dan sel yang dijangkiti
virus. Disebabkan oleh keupayaan sel-sel tersebut, kajian telah dijalankan dan
menunjukkan bahawa sel-sel ini berpotensi digunakan untuk rawatan imunoterapi
kanser (Choi et al., 2019). Dengan itu, badan dari Korea Selatan, ImmunisBio
Co. Ltd. (Korea) telah membangunkan dan mematenkan teknologi yang dikenali
sebagai MYJ1633, yang mengandungi NK Cell dan NKT Cell yang diaktifkan.
Perjanjian ini membolehkan UKM menghasilkan MY1633 untuk pasaran Malaysia
melalui NK Biocell Sdn. Bhd.
Prof. Dato’ ’Dr. Wan Kamal Mujani Deputy Vice-Chancellor (Research and Innovation) at Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) |
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi UKM, Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani berkata, “Saya berharap usahasama ini dapat memberi manfaat kepada negara. Usahasama badan-badan kerajaan dan swasta seperti ini membuka sempadan baharu kepada institusi pengajian seperti kami untuk mengkaji penemuan-penemuan baru demi menghasilkan produk dan perkhidmatan rawatan yang terbaik kepada masyarakat. Kami di UKM juga berharap dapat menghasilkan produk perubatan untuk rawatan kepada pelbagai jenis penyakit di makmal yang mendapat pengiktirafan cGMP dan CTERM UKM.”.
Dr. Park Ji-Youn, Chief Executive Officer of NK
Biocell Sdn. Bhd. |
Ketua Pegawai Eksekutif NK Biocell Sdn. Bhd, Dr. Park Ji-Youn berkata, “Perjanjian ini merupakan pencapaian kepada kedua-dua pihak dalam bidang sains, teknologi dan perubatan. Kini, kami mampu menghasilkan MYJ1633 yang selamat dan telah mendapat kelulusan dari Agensi Farmaseutikal dan Peralatan Perubatan (PMDA) Jepun untuk memberi manfaat kepada rakyat Malaysia khususnya pesakit kanser dan autoimun. Dengan bantuan CTERM UKM, kami berjaya mendaftarkan MYJ1633 dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Malaysia. Saya ingin mengucapkan syabas kepada semua yang terlibat dan percaya perjanjian ini akan memberi manfaat kepada semua.”.
Perjanjian UKM-NK Biocell Sdn. Bhd. ini bakal memberikan
harapan baru kepada pesakit kanser di Malaysia yang ingin mendapatkan rawatan
selain kemoterapi dan sebagainya. Hal ini membolehkan pesakit memilih rawatan
mengikut kemampuan dan kesesuaian menepati keperluan rawatan berterusan.
Majlis ini turut dihadiri oleh Dekan Fakulti Perubatan UKM,
Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor, Timbalan Dekan (Jaringan dan Alumni) Fakulti
Perubatan, Prof. Dr. Marina Mat Baki, Ketua Jabatan Pusat Kajian Kejuruteraan
Tisu dan Perubatan Regeneratif (CTERM) UKM, Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi Mh
Busra, Ketua-ketua jabatan dan pakar-pakar kesihatan di Malaysia.
7 Comments
Ada terbaca berkenaan penemuan baru ni. Semakin canggih teknologi, semakin banyak manfaat kesihatan boleh masyarakat terutamanya penghidap kanser. Harap kos rawatan juga tersedia dengan harga berpatutan nanti.
ReplyDeleteMoga kerjasama ini boleh memberikan lebih banyak penemuan agar banyak penawar dapat ditemui.
ReplyDeleteHarap sangat ada satu rawatan terbaik tu mereka yang terkena kanse kerana kita tidak tahu bila kita akan diuji dengan kesakitan ni... bagus ada usaha macam ni moga diteruskan oleh banyak pihak lain...
ReplyDeleteThis is a good news and hope that there will be better and more innovative cancer treatment
ReplyDeleteThis latest technology in medical industry surely gonna helping lots of patients. Thanks for letting me know what is this latest news. Cheers Siennylovesdrawing
ReplyDeleteMudah2an ini boleh jadi alternative terbaik untuk merawat kanser selain chemo kan! Well done and hope for the best in technology advancement especially dalam medical line ni!
ReplyDeleteTerbaiklah, sekarang dah ada alternatif lain untuk rawatan kanser. Alhamdulillah sebab kemajuan dalam kesihatan menjadikan pesakit mempunyai pelbagai pilihan :)
ReplyDelete