PROJEK IC-CFS BERI ANJAKAN PARADIGMA KEPADA SISTEM BIODIVERSITI NEGARA


 

Baru-baru ini AlongMurni (AM) telah menghadiri satu program showcase yang bertempat di Hall 1, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Program Showcase Projek Improving Connectivity in the Central Forest Spine (IC-CFS) ini telah membentangkan inisiatif yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2021 sehingga 2022.

 

Program showcase ini telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga & Sumber Asli, Dato’ Haji Rosli bin Isa, diiringi Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Dato’ Indera Mohd Ridza bin Awang dan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar & Perancangan) Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, merangkap Pengarah Projek Nasional IC-CFS, Dato’ haji Zahari bin Ibrahim beserta Pengurus Projek IC-CFS, Dr. Samsudin bin Musa.

 


PERIHAL IMPROVING CONNECTIVITY: CENTRAL FOREST SPINE (IC-CFS)

IC-CFS adalah sebuah projek dengan tujuan pemuliharaan biodiversity dan perkhidmatan ekosistem di landskap hutan berkepentingan di dalam kawasan CFS. Mula diperkenalkan pada tahun 2014, projek ini diterajui oleh Jabatan Perhutan Semenanjung Malaysia (JPSM) dengan usaha sama dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) serta Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan pendanaan dari Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) serta Global Environment Facility (GEF).

 

Objektif utama IC-CFS adalah bagi memperkukuh kapasiti kerajaan persekutuan dan negeri dalam melaksanakan Pelan Induk CFS dalam penambahbaikan rangkaian hutan dan penguatkuasaan undang-undang terhadap jenayah melibatkan hidupan liar dan kawasan hutan. Projek ini merangkumi tiga kompenan iaitu perancangan, pengawasan, pematuhan dan kerangka kerja penguatkusaan bagi pengurusan landskap hutan yang bersepadu: pengurusan landskap lestari di tiga landskap hutan utama CFS: dan kepelbagaian sumber pendanaan bagi tujuan pemuliharaan.

 

PERIHAL CENTRAL FOREST SPINE

Diperkenalkan di bawah Rancangan Fizikal Negara (RFN) 2005, Central Forest Spine (CFS) berperanan sebagai tulang belakang bagi jaringan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSA) di Semenanjung Malaysia. Ia terdiri daripada empat kompleks utama iaitu:


  • Banjaran Titiwangsa - Banjaran Bintang – Banjaran Nakawan
  • Taman Negara – Banjaran Timur
  • Timur Selatan Pahang, Tasik Chini dan Tasik Bera
  • Taman Nasional Endau Rompin – Jabatan Perlindungan Haiwan Liar Kluang.

 

Dengan keluasan 5.5 hektar kaki persegi, CFS melindungi kawasan perairan gunung dan kawasan tadahan hujan yang membekalkan air kepada 90% populasi. Sebagai habitat kepada pelbagai spesies flora dan fauna termasuk subspesies Harimau Malaya yang terancam dan Gajah Asia, ia turut menyumbang kepada aturan iklim, perlindungan tanah dan penyimpanan karbon.

 

Antara topik-topik yang menjadi pembentangan di Program Showcase IC-CFS ini adalah:

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN KEPELBAGAIAN BIOLOGI DALAM PENGURUSAN HUTAN: CABARAN DAN HALA TUJU OLEH JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA.




Topik ini dibentangkan oleh Tuan Hj Ramli bin Mat dari Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM). JPSM adalah sebuah agensi kerajaan yang dipertanggungjawab untuk mentadbir dan mengurus sumber hutan khasnya di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Semenanjung Malaysia yang kaya dengan biodiversiti selaras dengan dasar dan perundangan yang berkuatkuasa. Pelbagai isu dan cabaran yang telah dikongsi bersama dalam pembentangan dalam menangani dan memastikan khazanah negara terpelihara seperti penyahwartaan HSK, bencana alam akibat perubahan iklim dan kebakaran hutan. Salah satu inisiatif yang diambil adalah melalui pelaksanaan Central Forest Spine (CFS).

 

Kawasan CFS merupakan gabungan kompleks hutan yang terdiri daripada kawasan HSK, Hutan Tanah Kerajaan, Taman Negara, Taman Negeri dan Rizab Hidupan Liar serta tanah pertanian yang menjadi tulang belakang bagi kawasan sensitive alam sekitar (KSAS) di Semenanjung Malaysia. Projek UNDP/GEF/GOM: IC-CFS Landscape merupakan projek antarabangsa yang dilaksanakan bagi menyokong pelaksanaan Pelan Induk CFS dalam meningkatkan pengurusan tanah dan hutan yang mampan di landskap Central Forest Spine di Semenanjung Malaysia untuk melindungi dan memelihara kepelbagaian biodiversity dan menjamin habitat hidupan liar.

 

PELAN INDUK RANGKAIAN EKOLOGI CENTRAL FOREST SPINE OLEH ‘PLANMALAYSIA’



Topik ini dibentangkan oleh Puan Syarifah Nuraida binti T. Mohd Apandi dari agensi PLANMalaysia. Pelan ini dengan visi ‘Menyambung Kembali Hutan’ (Reconnecting the Forests) merangkumi usaha berterusan dalam memelihara hutan supaya kadar liputan kawasan berhutan di Semenanjung Malaysia dapat ditingkatkan daripada 43% kepada 50% daripada keluasan tanah negara sepertimana yang telah dipersetujui semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada tahun 1992. Selain itu, pelan induk ini juga dapat memberi sumbangan dan faedah bukan hanya di peringkat negara, terutamanya dalam
menyokong dasar dan polisi di bawah Pelan Tindakan Pemuliharaan Harimau Kebangsaan dan Pelan Tindakan Pemuliharaan Gajah Antarabangsa agar kepentingan rangkaian hutan dapat dilaksanakan bagi memelihara habitat dan pergerakan hidupan liar tersebut.

 

Manakala di peringkat antarabangsa, pelan induk ini adalah selaras dengan perancangan pembangunan yang dirangka dalam Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di bawah Agenda 2030 ‘(Sustainable Development Goals), The IUCN Red List of Threatened Species, United Nations Strategic Plan for Forests 2017-2030 (UNSPF) dan FAO Strategy on Mainstreaming Biodiversity across Agricultural Sectors’. Oleh itu, PIRECFS 2022 adalah bukti komitmen dalam menerajui dan menyusun langkah bagi pemeliharaan dan pemuliharaan kesejahteraan biodiversity perhutanan dan hidupan liar di Semenanjung Malaysia.

 

PEWARTAAN HUTAN TANAH KERAJAAN SEBAGAI HUTAN SIMPANAN KEKAL DALAM RANGKAIAN EKOLOGI CENTRAL FOREST SPINE




Topik ini dibentangkan oleh Dr Christine Fletcher dari Agensi Perunding Lantikan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Laporan awal hasil kajian semula PIRE CFS telah mengenalpasti seluas 110,395 hektar Hutan Tanah Kerajaan (HTK) di dalam 39 Rangkaian Ekologi (RE) CFS. Satu tindakan yang digariskan dalam PIRE CFS 2022 bagi menjamin keberkelan kawasan berhutan di Tanah Kerajaan  adalah mewartakan HTK dalam kawasan CFS dan rangkaian ekologi CFS sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK). Namun pemurnian pemilikan tanah perlu dilaksanakan terlebih dahulu bagi mengelakkan pertindihan dan konflik guna tanah. Lanjutan itu, di bawah peruntukan projek UNDP/GEF/COM: IC-CFS Landscape telah dilaksanakan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan dalam usaha pemurnian pewartaan HTK bagi empat RE CFS iaitu satu RE di Perak dan Pahang, dan dua di Johor pada tahun 2021.

 

Dapatan daripada sesi perundingan dan libat urus berkenaan, kira-kira 34% daripada keluasan HTK yang dilaporkan dalam Kajian Semula PIRE CFS telah dikenalpasti tidak mempunyai komitmen pembangunan atau pemilikan lalu berpotensi untuk diwartakan sebagai HSK. Hasil daripada perundingan ini telah membantu pihak Jabatan Hutan Negeri membuat pengesyoran perwartakan HTK di dalam RE sebagai HSK bagi pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri. Kejayaan inisiatif ini telah mendorong usaha pemurnian bagi enam lagi RE CFS melibatkan pada tahun 2022 menjadikan sepuluh RE yang telah dimurnikan, berbaki lagi 29 RE dalam masa yang terdekat.

 

BIODIVERSITI, PERKHIDMATAN EKOSISTEM DAN ALAT PEMANTAUAN STOK KARBON SERTA PELAN PENGURUSAN KORIDOR EKOLOGI OLEH INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA (FRIM)




Topik ini dibentangkan oleh Dr Lilian Chua Swee Lian dari Jabatan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Matlamat keseluruhan projek ini adalah untuk meningkatkan jaringan habitat dalam CFS serta memastikan pengurusan hutan yang berkekalan dalam landskap yang telah dikenalpasti. Bagi mencapai matlamat ini, data dan pengetahuan tentang kepelbagaian biodiversity, perkhidmatan ekosistem dan stok karbon perlu diperolehi menerusi kajian-kajian jangja panjang dan usaha pemantauan ketiga-tiga aspek ini dapat dilaksanakan dengan berterusan. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah membangunkan dua protokal pemantauan khusus untuk biodiversiti, perkhidmatan ekosistem, dan stok karbon iaitu ‘Biodiversity Assessment and Monitoring Protocol in the Central Forest Spine Landscape’ dan ‘Guides to the Use of Invest for Ecosystem Services Assessment in CFS Corridors’. 

 

Selain itu, FRIM juga telah menyediakan Rancangan Pengurusan bagi Koridor Ekologi J-PL2 : Hutan Simpan Panti – Hutan Simpan Ulu Sedili, Joor yang merangkumi aktiviti-aktiviti pengurusan bagi memastikan garis panduan serta tindakan-tindakan susulan dapat dilaksanakan untuk memelihara, memulihara dan meningkatkan penyambungan koridor ekologi ini. Rancangan Pengurusan ini bertujuan untuk menyediakan hala tuju kepada negeri, mengawal pencemaran dan meningkatkan penggunaan teknologi hijau dan rendah karbon.

 

KATA ALONGMURNI

Secara peribadi, AM sangat menyokong program seumpama ini bagi memelihara biodiversiti dan habitat hutan. Program ini sangat memberi manfaat kepada umum perihal inisiatif-inisiatif yang telah dilakukan bagi memulihara kompleks hutan di Semenanjung Malaysia demi memelihara khazanah negara yang semakin pupus terutamanya hidupan seperti Flora dan Fauna.




Post a Comment

5 Comments

  1. Dr Christine Fletcher tu my senior and friend kat uni dulu! Wow! Mesti best acara nie kan

    ReplyDelete
  2. program yang sangat bagus. memang bagus pun wartakan kepada hsk agar lebih terpelihara. kalau tak nanti habis la semua ditarahnya

    ReplyDelete
  3. Sangat bagus program gini, kalau takde orang dedahkana akan kebaikannya, tentunya laa one day habis pupus hutan kita kann..

    ReplyDelete
  4. Nell joined once program macam ni.. interesting kan yang ICCFS ni.. great initiative and really need more like this to preserve the green!

    ReplyDelete
  5. i love this so much! may there be more initiatives to protect our beautiful country and the diversity of flora and fauna. <3

    ReplyDelete